Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kemajuan pembinaan LCS baik, kapal pertama dijangka turun ke air pertengahan tahun ini | Scoop

Kemajuan pembinaan LCS baik, kapal pertama dijangka turun ke air pertengahan tahun ini

Kemajuan pembinaan LCS setakat ini, disifatkan sebagai pencapaian yang signifikan kepada TLDM dan firma yang terlibat

5:37 PM MYT

 

KUANTAN – Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang pertama dijangka dapat diturunkan ke air pada bulan Mei atau Jun ini, dan diikuti dengan ujian bagi melengkapkan kerja-kerja pemasangan sistem dan peralatannya.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata ujian itu dijangka mengambil masa 22 bulan sebelum ia boleh diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk pengoperasian, yang dijadualkan pada penghujung 2026. 

“Itu bagi kapal pertama, dan sekiranya program itu berjalan lancar, lapan bulan berikutnya kita akan menerima LCS kedua, dan lapan bulan seterusnya yang ketiga dan keempat. Kejayaan yang pertama ini amat kritikal dalam menentukan kesinambungan projek ini sehingga kapal kelima,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Upacara Penamaan dan Pentauliahan Patrol Craft (PC) TLDM iaitu KD Sri Sabah dan KD Sri Sarawak di jeti Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini hari ini. 

Beliau turut menyifatkan kemajuan pembinaan LCS setakat ini, sebagai pencapaian yang signifikan kepada TLDM dan firma yang terlibat. 

Sementara itu katanya permohonan TLDM bagi mendapatkan Kapal Misi Pesisir (LMS) kumpulan kedua masih di peringkat keputusan oleh Kementerian Kewangan, namun beliau optimis akan menerima berita baik untuk meneruskan perolehan itu dalam masa terdekat. 

Mengulas mengenai majlis hari ini Abdul Rahman berkata KD Sri Sabah dan KD Sri Sarawak ditauliahkan buat kali kedua, memandangkan PC itu pernah ditauliahkan ke armada TLDM pada 1967 sebelum dipindah milik kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) pada tahun penubuhannya 2006. 

Kapal sepanjang 31.4 meter dan 6 meter lebar dengan kemampuan mencapai kelajuan 22 knots itu dikembalikan kepada TLDM pada 10 Jun 2020 sebagai langkah interim sementara menunggu aset baru, dan akan ditempatkan di sini buat sementara sebelum ke Markas Wilayah Laut 2, Sandakan di Sabah. 

Berdasarkan perancangan, kapal itu akan ditempatkan di perairan Sabah Timur bagi keperluan operasi di kawasan perairan sempit dan cetek, selain digunakan sebagai platform latihan warga TLDM.

“Kedua kapal ini telah dibaik pulih oleh MSET Shipbuilding Corporation Sdn Bhd (MSET) di Terengganu secara menyeluruh melibatkan kerja replating dan repowering iaitu penukaran sistem kuasa gerak baru dan pemasangan peralatan sokongan lebih moden dan perubahan susun atur kapal bagi menjamin pengoperasian lebih berkesan dan selamat. 

“Kita menjangkakan dua kapal ini boleh dioperasikan sehingga 15 tahun dan kejayaan MSET melaksanakan baik pulih kapal terlibat dengan kos RM18 juta setiap satu membuktikan industri pertahanan maritim tempatan juga berkebolehan dan berpotensi berdaya saing dengan industri luar negara,” katanya.

Abdul Rahman berkata secara keseluruhan, TLDM pernah memiliki 27 PC, namun kini hanya terdapat empat kapal kelas itu iaitu KD Sri Sabah, KD Sri Sarawak, KD Sri Perlis dan KD Sri Johor. – 19 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

[WATCH] Khalil and Vilas’ muhibbah Raya

After 21 years of marriage, Khalil Khalid and Nur Hannah M. Vilasmalar have cultivated acceptance and understanding of their different racial and cultural backgrounds.

Vikneswaran retains KLHA president’s post after Megat disqualified

The decision follows the KLHA council’s recent nullification of all candidates from the Kuala Lumpur Hockey Sports Education Association

Malaysia’s global reputation bolstered a year into Anwar’s PM stint  

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s achievements during his first year in office was no mean feat and it would be remiss to claim that his administration has taken a backseat in efforts to improve the nation’s global standing. 

Related