Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Air Selangor laksana pelarasan tarif air: Caj minimum pengguna domestik meningkat kepada RM6.50 | Scoop

Air Selangor laksana pelarasan tarif air: Caj minimum pengguna domestik meningkat kepada RM6.50

Kerajaan negeri membuka peluang kepada rakyat yang berpendapatan RM5,000 ke bawah memohon untuk air percuma SADE

6:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bermula 1 Februari ini, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) akan melaksanakan pelarasan tarif air berperingkat untuk pengguna domestik selaras dengan pengumuman dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Caj minimum untuk pengguna domestik akan meningkat kepada RM6.50 daripada RM6.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, bagi penggunaan air sehingga 20 meter padu, kadar caj bagi setiap meter padu akan beralih sebanyak 8 sen iaitu kepada RM0.65 bermula daripada 0 meter padu sehingga 20 meter padu.

Katanya, ini bermaksud bagi rumah yang menggunakan air 20 meter padu dan ke bawah setiap bulan, caj baharu akan meningkat maksimum sekitar RM1.60 sebulan.

“Penggunaan air 20 meter padu hingga 35 meter padu, kadar caj baharu bagi kategori ini akan beralih sebanyak RM0.29 kepada RM1.32
bagi setiap meter padu. Maksudnya, peningkatan keseluruhan bagi rumah yang menggunakan air sehingga 35 meter padu adalah maksimum sebanyak RM5.95 sebulan.

“Bagi penggunaan air lebih 35 meter padu, kadar caj baharu adalah RM2.63 bagi setiap meter padu berbanding kadar lama iaitu RM2. Untuk kategori kondominium, caj minimum secara pukal akan kekal pada RM173 sebulan, dan caj baharu beralih sebanyak 30 sen kepada RM1.68 bagi
penggunaan setiap meter padu air.

“Bagi estet dan kuarters kerajaan, kadar caj baharu akan meningkat sebanyak 68 sen kepada RM1.68, dan caj minimum baharu adalah RM16.80 sebulan berbanding sebelum ini iaitu RM12.00,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kadar baharu bagi kategori rumah kos rendah adalah RM0.98 bagi setiap meter padu air, caj paling rendah dan peningkatan paling kecil bagi semua kategori kediaman, iaitu sebanyak 18 sen bagi setiap meter padu.

Katanya, perusahaan komersial serta bangunan bukan domestik lain akan melihat peralihan kadar baharu kepada RM2.70 bagi penggunaan air sehingga 35 meter padu manakala penggunaan lebih daripada 35 meter padu dikenakan caj RM2.94 bagi setiap meter padu.

Beliau menambah, penggunaan air dalam kategori rumah ibadat dan institusi kebajikan pula diberikan kelonggaran caj dengan kadar rata
dan paling rendah, iaitu peningkatan 6 sen bagi setiap meter padu ke RM0.66 manakala bagi kategori kapal, kadar baharu akan beralih dari RM7.00 kepada RM7.08.

“Kerajaan negeri berpendirian bahawa pelarasan ini akan menjamin kelangsungan dan membolehkan Air Selangor untuk mengelakkan isu paip bocor dan paip pecah dengan menggandakan kadar penggantian paip usang daripada 150 kilometer (km) setahun kepada 300km setahun bermula tahun ini,” katanya.

Amirudin berkata, Kerajaan negeri melalui Air Selangor juga akan memantapkan kualiti perkhidmatan yang lebih responsif dan efisien kepada rakyat termasuk penaiktarafan aplikasi Air Selangor.

Katanya, dengan mengambil kira peningkatan ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengambil ketetapan iaitu kerajaan negeri akan menyerap dan tanggung peningkatan kos bagi lebih 1 juta rakyat yang meliputi 285,673 akaun yang merupakan penerima air percuma melalui Skim Air Darul Ehsan (SADE).

“Ini membawa maksud bahawa manfaat yang diterima bagi setiap isi rumah yang menerima SADE sebelum ini sebanyak anggaran RM11.40 sebulan meningkat kepada RM13.00 sebulan. Kos tanggungan kerajaan negeri akan meningkat daripada RM31.8 juta kepada anggaran RM37.3 juta setahun.

“Tambahan kepada itu, kerajaan negeri juga akan menanggung peningkatan bagi rumah-rumah ibadah dan rumah-rumah kebajikan di Selangor dengan anggaran kos sebanyak RM2 juta,” katanya.

Di kesempatan itu katanya, kerajaan negeri membuka peluang kepada rakyat negeri yang berpendapatan RM5,000 ke bawah dan ingin memohon untuk air percuma SADE untuk melayari laman web https://www.airselangor.com/residential/skim-air-darul-ehsan/ bagi maklumat lanjut serta proses pemberian air percuma. – 18 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related