Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Anak bekas Perdana Menteri dipanggil SPRM bagi beri keterangan | Scoop

Anak bekas Perdana Menteri dipanggil SPRM bagi beri keterangan

Ia didakwa ada kaitan dengan dokumen rahsia melibatkan urusan simpanan wang dan harta oleh golongan elit

10:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang anak bekas Perdana Menteri yang namanya disebut di dalam dokumen rahsia melibatkan urusan simpanan wang dan harta oleh golongan elit dan kaya dunia, dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung aset bernilai tinggi dimilikinya.

Sumber SPRM memberitahu Scoop bahawa individu tersebut disoal siasat beberapa jam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya sejak pagi tadi.

Walau bagaimanapun sumber tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai siasatan berkenaan.

Tahun lalu media melaporkan, anak bekas Perdana Menteri telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung aktiviti perniagaannya.

Menurut organisasi yang mendedahkan dokumen-dokumen tersebut, Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ), dokumen itu memperincikan pemilikan syarikat luar pesisir, akaun bank samaran, pesawat peribadi, kapal layar, rumah agam dan karya seni terunggul oleh golongan terkaya dunia.

Sebahagian daripada mereka yang terlibat menggunakan helah kewangan bagi menyembunyikan kekayaan dan mengelak cukai.

Menurut ICIJ, fail-fail tersebut mendedahkan rahsia kewangan 35 bekas pemimpin dunia dan semasa.

Jumlah keseluruhan ahli politik yang terlibat ialah 330, termasuk pegawai tinggi dari 91 negara dan wilayah.

Beberapa pemimpin Malaysia termasuk ahli politik turut tersenarai dalam laporan yang menggemparkan dunia itu. – 17 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related