Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Agong, Permaisuri tunjuk bakat baca berita, dapat pujian ramai | Scoop

Agong, Permaisuri tunjuk bakat baca berita, dapat pujian ramai

Antara laporan yang dibacakan oleh Seri Paduka berdua ialah berita mengenai kunjungan ke Sri Pentas di Bandar Utama hari ini

8:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menarik perhatian ramai dengan menjadi pembaca berita menerusi slot khas Buletin Diraja, malam ini.

Pasangan diraja itu membuat penampilan khas dengan menyampaikan berita tepat jam 8 malam.

Antara laporan yang dibacakan oleh Seri Paduka berdua ialah berita mengenai kunjungan ke Sri Pentas di Bandar Utama hari ini serta laporan mengenai ikan patin.

Ramai yang memuji kesudian pasangan diraja itu yang mempamerkan bakat sebagai pembaca berita dan kelihatan sangat ‘comel’.

Menariknya, ada yang bertahun-tahun tidak menonton Buletin Utama, sanggup menunggu di depan TV semata-mata untuk menonton Seri Paduka berdua.

Al-Sultan Abdullah akan menamatkan khidmatnya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini.

Seri Paduka akan digantikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun, berkuatkuasa 31 Januari 2024. – 17 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related