Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Anggota polis didakwa rogol remaja 17 tahun | Scoop

Anggota polis didakwa rogol remaja 17 tahun

Suspek didakwa dengan dua tuduhan rogol di bawah Seksyen 376(1) dan 377CA Kanun Keseksaan

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang anggota polis, Lans Koperal Muhammad Fazrul Razzi mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini melibatkan kes rogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di dalam kereta peronda di Ampang, sekitar jam 10.30 malam, pada 9 Januari lalu.

Fazrul, 31 tahun, didakwa dengan dua tuduhan rogol di bawah Seksyen 376(1) dan 377CA Kanun Keseksaan.

Dia juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Selain itu, Fazrul yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, juga didakwa melakukan serangan fizikal seksual terhadap mangsa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dia boleh dihukum penjara 30 tahun dan sebat mengikut Seksyen 377CA.

Tuduhan dibuat dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norshila Kamaruddin.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan dia tidak bercakap dengan mangsa.

Dalam pada itu, Muhammad Fazrul Razzi turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret bersama seorang lagi rakannya anggota polis berpangkat Konstabel, Muhammad Adib Aikal Shahrul Nizam.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan pemerasan hingga mendatangkan ketakutan kepada pelajar lelaki di sebuah kolej swasta dengan menyatakan bahawa rakaman video bersama teman wanitanya sedang bercumbu akan disebarkan hingga mendorong mereka meminta wang bernilai RM500.

Pemerasan berkenaan dilakukan di Ampang Hillview. Mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. – 17 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related