Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Rasuah: Penjawat awam didenda RM30,000 salah guna kedudukan, jawatan | Scoop

Rasuah: Penjawat awam didenda RM30,000 salah guna kedudukan, jawatan

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan

4:43 PM MYT

 

MELAKA – Seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan salah guna kedudukan dan jawatan dengan melantik syarikat adiknya sebagai pembekal bagi sembilan kerja-kerja pembekalan pada 2018.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu selepas Ab Hanif Ab Hamid, 43, menukar pengakuan kepada bersalah terhadap tiga pertuduhan pilihan pada prosiding hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Ab Hanif, yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Jasin, didakwa menggunakan kedudukan untuk mendapatkan perkhidmatan pembekalan daripada Kerajaan Malaysia untuk syarikat adiknya, Perniagaan Thronez Enterprise yang bernilai keseluruhan RM19,663.50 bagi bagi Unit Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) iaitu pembelian racun (RM5,000), peralatan tandas (RM10,163.50) serta mesin rumput (RM4,500) 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di BAKAS, Pejabat PKD Jasin antara 4 Julai dan 2 November 2018 mengikut Seksyen 161 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Melaka Irwan Shah Abdul Samat memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal kerana ia melibatkan projek kerajaan dan tertuduh adalah penjawat awam manakala peguam Wan Shahrizal Wan Ladin merayu hukuman denda minimum tanpa penjara kerana anak guamnya menghidap penyakit saraf kronik serta bakal kehilangan pekerjaan dan pencen. 

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan membenarkan permohonan pendakwaan untuk mempertimbang enam lagi pertuduhan mengikut Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah. – 16 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related