Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tragedi baiki bot, lelaki maut terkena renjatan elektrik | Scoop

Tragedi baiki bot, lelaki maut terkena renjatan elektrik

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi itu, mangsa, seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

2:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika sedang membaik pulih kerja-kerja pendawaian di atas bot, di Kampung Pantai Seberang Marang, Marang, Terengganu, pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi itu, mangsa, seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memaklumkan, sebaik menerima panggilan, pasukan bomba diketua oleh Komander Operasi, Mohd Noor Abd Rahman telah bergegas ke tempat kejadian.

“Bagaimanapun mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kesihatan,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Bomba, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – 16 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related