Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Sarjan didakwa peroleh suapan RM20,000 | Scoop

Sarjan didakwa peroleh suapan RM20,000

Mahkamah menetapkan 24 Mac untuk sebutan semula kes

11:53 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM20,000 berhubung kes pecah amanah, dua tahun lepas.

S.Usha Nanthiny, 35, yang berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat didakwa memperoleh suapan untuk diri sendiri daripada seorang lelaki di pejabatnya kira-kira 4.50 petang pada 28 Ogos 2022.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk tidak menahan isteri lelaki itu bagi kesalahan yang dilakukannya mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Siti Noraida Sulaiman membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin warganegara dengan syarat tambahan supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM Segamat setiap sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 24 Mac untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Zander Lim Wai Keong manakala tertuduh yang juga ibu kepada dua anak itu diwakili peguam S.Selvantheran. – 15 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related