Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Zionis gagal capai objektif di Gaza | Scoop

Zionis gagal capai objektif di Gaza

Pemimpin Hizbullah persoalkan apa kejayaan Israel dalam tempoh 100 hari ini selain daripada membunuh?

8:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rejim zionis dilihat telah gagal mencapai objektifnya di Gaza dan ini akan memaksa rejim itu untuk mengadakan rundingan.

Perkara itu dinyatakan ketua pergerakan Hizbullah di Lubnan, Hassan Nasrallah dalam ucapannya secara langsung di televisyen semalam.

“Apa yang telah dicapai oleh musuh (Israel) dalam 100 hari selain daripada membunuh?

“Mereka tak capai sebarang kemenangan yang sebenar. Ia telah gagal dalam mencapai objektif yang diuar-uarkan selama ini,” katanya sempena 100 hari perang antara Israel dan Hamas seperti dilaporkan Arab News.

Ucapan beliau itu sempena memperingati pemergian seorang komander kanan Hizbullah, Wissam Tawil, yang dibunuh Israel di selatan Lubnan pada 8 Januari lalu.

Perang antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza memasuki hari ke-100 dengan puluhan nyawa penduduk Palestin terkorban, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Menurut Hassan, jika jalan itu (perang) berterusan, sama ada di Gaza, Tebing Barat, Lubnan, Yaman atau Iraq, pihak musuh tidak mempunyai pilihan selain menerima tentangan demi tentangan yang akhirnya mereka terpaksa memasuki fasa rundingan.

Pemimpin itu turut mengecam serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS) dan Britain di Yaman sebagai tindakan balas kepada serangan Houthi ke atas kapal berkaitan dengan Israel.

“Apa yang dilakukan oleh Amerika di Laut Merah ini akan memburukkan lagi keadaan,” katanya. – 15 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related