Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pelantikan Naib Ketua Wanita PKR sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKA bukan satu masalah | Scoop

Pelantikan Naib Ketua Wanita PKR sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKA bukan satu masalah

PKA ialah sebuah perbadanan berkanun yang ditubuhkan pada 1963, untuk mengambil alih pentadbiran Pelabuhan Klang daripada Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu

6:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelantikan Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sangetha Jayakumar sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bukanlah satu masalah kerana parti itu hanya mengkritik pelantikan politik ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Malah, kata Menteri Komunikasi yang juga Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, ada perbezaan antara GLC dan badan berkanun kerana badan berkanun tertakluk kepada akta serta undang-undang sendiri.

“Pelantikan itu bukan masalah kerana ia bukan GLC,’’ katanya selepas merasmikan pembukaan sayap baharu Orchid Wing di OasisEye Specialists di sini hari ini.

Fahmi turut memaklumkan beliau akan membawa perkara itu ke Kabinet susulan gesaan orang ramai yang inginkan penjelasan mengenai pelantikan sedemikian.

Pelantikan Sangetha telah dimaklumkan oleh Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Wanita PKR, pada Ahad lalu.

“Tahniah. Atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Kelang.

“Selamat menjalankan amanah,’’ kata Fadhlina.

Pelantikan Sangetha sebelum ini dikritik di media sosial selepas netizen merujuk ciapannya beberapa tahun lalu mengenai tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika itu memberi jawatan dalam GLC kepada penyokong parti berkenaan.

PKA ialah sebuah perbadanan berkanun yang ditubuhkan pada 1 Julai 1963, untuk mengambil alih pentadbiran Pelabuhan Klang daripada Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu. – 14 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related