Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kerajaan akan dapat maklum balas orang ramai mengenai Akta Parlimen Berpenggal Tetap: Azalina | Scoop

Kerajaan akan dapat maklum balas orang ramai mengenai Akta Parlimen Berpenggal Tetap: Azalina

Kajian terperinci termasuk kajian impak dan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan berkaitan perkara itu turut akan dijalankan

4:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan akan mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai pengenalan Akta Parlimen Berpenggal Tetap.

Menurutnya, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) di bawah Jabatan Perdana Menteri juga akan menjalankan kajian terperinci termasuk kajian impak dan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan berkaitan perkara itu.

“Dapatan kajian yang menyeluruh ini akan digunapakai bagi pertimbangan dasar oleh Kabinet. Usaha penggubalan Akta Parlimen Berpenggal Tetap oleh Kerajaan Perpaduan bukan satu langkah terdesak.
“Sebaliknya, ia mencerminkan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menghormati mandat pilihan raya, proses demokrasi, dan memastikan kestabilan politik, lebih-lebih lagi dalam keadaan semasa geopolitik yang tidak tentu ketika ini.

“Akta Parlimen Berpenggal Tetap juga boleh memastikan segala agenda reformasi dan polisi dapat dilaksanakan secara berterusan tanpa gangguan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, akta tersebut turut diamalkan di beberapa negara lain yang menghalang sebarang cubaan rampasan kuasa yang memudaratkan sistem demokrasi berparlimen negara.

Semalam, Zahid yang juga Presiden Umno mencadangkan supaya satu rang undang-undang (RUU) bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga ke akhir penggal dibentangkan di Parlimen.

Katanya, ia juga bagi memastikan peristiwa kekerapan pertukaran Perdana Menteri pada penggal Parlimen ke-14 tidak berulang pada masa hadapan.

Hari ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, cadangan itu pernah dibincangkan dalam Kabinet tetapi belum ada keputusan mengenainya lagi.

“Kabinet pernah membincangkannya, melihat keperluannya dan apa yang diamalkan di negara lain. Ia masih rundingan awal, belum ada prospek untuk membawanya ke Parlimen.

“Kami sudah cukup dengan persekitaran (politik) yang tidak menentu ini. Kami melalui banyak perubahan (dalam beberapa tahun kebelakangan ini) dan mengalami kesan negatif yang datang bersamanya. Kami tidak mahu perkara itu berulang,” katanya. – 14 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related