Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Operasi susulan banteras warga asing akan dilaksana: Ketua Polis KL | Scoop

Operasi susulan banteras warga asing akan dilaksana: Ketua Polis KL

Tidak nafikan terdapat mereka yang tidak mempunyai dokumen iaitu warga asing atau pendatang tanpa izin

8:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu operasi susulan menggempur pendatang tanpa izin akan dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Beliau berkata operasi berkenaan sama seperti yang dijalankan di Jalan Silang pada Disember tahun lepas.  

“Kita tahu warga asing banyak, sama ada yang mempunyai dokumen atau tidak. Secara umumnya kebanyakan mereka yang bekerja memilik dokumen.

“Kita tidak nafikan terdapat mereka yang tidak mempunyai dokumen iaitu warga asing atau pendatang tanpa izin,” katanya ketika program jelajah mesra di Jalan Chow Kit malam ini.

Allaudeen berkata program jelajah mesra di Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib itu diadakan susulan beberapa laporan yang kurang baik menerusi media berkaitan lokasi berkenaan.

“Kita bawa rakan media pada malam ini bagi melihat sendiri keadaan di Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib yang satu ketika dulu dikenali dengan aktiviti pelacuran, pondan dan dadah.

“Alhamdulillah, hari ini kita tengok kawasan ini jauh lebih baik berbanding 20 tahun lepas. Kita telah bersihkan dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO),” katanya. – 14 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related