Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Individu tengking, tampar, tarik rambut lelaki di Johor seorang ketua polis balai | Scoop

Individu tengking, tampar, tarik rambut lelaki di Johor seorang ketua polis balai

Polis masih menyiasat motif pegawai berkenaan bertindak sedemikian

2:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan kejadian individu yang didakwa menengking, menampar dan menarik rambut lelaki di tempat awam di sebuah lokasi di Johor merupakan seorang ketua polis balai.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi Scoop hari ini.

Menurut beliau, mangsa bukannya remaja sebaliknya lelaki dewasa dan polis masih menyiasat motif kejadian.

“Ya dia seorang ketua polis balai. Kita masih menyiasat motif sebenar kejadian,” katanya.

Kejadian berkenaan telah dirakamkan dan dimuat naik ke media sosial menerusi klip video berdurasi 37 saat.

Klip video itu turut menamakan balai polis dipercayai di Sri Gading dan nama pegawai yang didakwa terlibat dalam kejadian terbabit.

Dalam klip itu, individu berkenaan jelas bertindak menengking dan menampar mangsa dan tidak diketahui apa yang berlaku sebenarnya. – 13 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related