Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Penduduk Selangor, dengan pendapatan RM5,000 boleh mohon air percuma | Scoop

Penduduk Selangor, dengan pendapatan RM5,000 boleh mohon air percuma

Air Selangor dalam laman webnya berkata, pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja dan mempunyai meter individu

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang mensasarkan pemberian air percuma kepada mereka yang berpendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah kini dibuka kepada penduduk Selangor.

Ia menetapkan pemberian 20 meter padu air setiap bulan dan merupakan program penjajaran semula pemberian air percuma oleh kerajaan negeri.

Program ini terbuka kepada mereka yang menetap atau menyewa di Selangor.

Air Selangor dalam laman webnya berkata, pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja dan mempunyai meter individu.

“Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatic sehingga 31 Disember 2024.

“Ia dilaksanakan mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS),’’ katanya.

Permohonan itu telah dibuka dan boleh dibuat menerusi laman web Air Selangor. Pemohon juga boleh menyemak kelayakan mereka menerusi laman tersebut.

SADE, dilaksanakan berkuatkuasa pada 1 Mac 2020 dan merupakan penjenamaan semula Program Pemberian Air Percuma yang dilaksanakan kerajaan Selangor sejak 1 Jun 2008.

Pada Julai lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari berkata pemberian air percuma masih dilaksanakan dan ia dimanfaatkan hampir 4 juta pengguna. – 12 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related