Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Polis siasat dakwaan ketua balai pukul orang | Scoop

Polis siasat dakwaan ketua balai pukul orang

Pihak polis menggesa orang awam atau saksi tampil membuat laporan jika mempunyai sebarang maklumat bagi membantu siasatan

8:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan seorang ketua polis balai yang didakwa menengking, menampar dan menarik rambut seorang lelaki di tempat awam, dipercayai berlaku di Johor.

Kejadian berkenaan telah dirakamkan dan dimuat naik ke media sosial menerusi klip video berdurasi 37 saat.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya mengesan video berdurasi 37 saat itu menerusi laman X pada 3.11 petang tadi, yang turut memetik nama pegawai polis berkenaan berserta jawatannya.

“Pihak polis akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan menggesa orang awam atau saksi tampil membuat laporan jika mempunyai sebarang maklumat bagi membantu siasatan.

“Polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Klip video itu turut menamakan balai polis dipercayai di Sri Gading dan nama pegawai yang didakwa terlibat dalam kejadian terbabit. – 12 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related