Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
MCMC sokong tiada caj tambahan bagi akses 5G | Scoop

MCMC sokong tiada caj tambahan bagi akses 5G

Menurut MCMC, pihaknya akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih mematuhi komitmen yang telah dinyatakan

8:57 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyokong penuh komitmen Kerajaan Madani untuk memastikan penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih tidak mengenakan caj tambahan bagi akses kepada rangkaian 5G.

Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan pengumuman berhubung perkara itu oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada Selasa lepas adalah selari dengan usaha berterusan kerajaan dalam menyediakan akses teknologi telekomunikasi canggih yang adil dan saksama buat seluruh rakyat Malaysia.

Selasa lepas, Fahmi pada satu sidang media selepas sesi ujian kualiti perkhidmatan selular (panggilan suara) di sini, mengumumkan tiada bayaran tambahan akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi  kepada pengguna untuk mendapatkan akses rangkaian 5G.

Menurut MCMC, pihaknya akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih mematuhi komitmen yang telah dinyatakan. 

Suruhanjaya itu memaklumkan setakat 31 Disember lepas, perkhidmatan rangkaian 5G telah berjaya mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk. – 11 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related