Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
SPRM tahan 3 penjawat awam minta rasuah RM12,000 projek turap jalan | Scoop

SPRM tahan 3 penjawat awam minta rasuah RM12,000 projek turap jalan

Ketiga-tiga suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan

10:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM12,000 daripada sebuah syarikat berhubung kerja penurapan jalan yang tidak mengikut spesifikasi.

Perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 16 Januari 2024 terhadap ketiga-tiga suspek yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an dikeluarkan oleh Majistret Atiqah Mohamed selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang bekerja di sebuah agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan sekitar jam 7.45 malam semalam ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

“Ketiga-tiga suspek ini meminta dan menerima wang rasuah daripada syarikat berkenaan selepas mendapati kerja-kerja penurapan jalan yang dilaksanakan sekitar April hingga Jun 2023, tidak mengikut spesifikasi sebagaimana ditetapkan.

“Wang rasuah keseluruhannya sekitar RM12,000 kemudian dimasukkan ke dalam akaun peribadi ketiga-tiga suspek sebagai balasan agar kompaun tidak dikeluarkan kepada syarikat berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap ketiga-tiga suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – 10 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related