Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Isteri Daim selesai beri keterangan, peguam kesal SPRM gagal jelas kesalahan anak guam | Scoop

Isteri Daim selesai beri keterangan, peguam kesal SPRM gagal jelas kesalahan anak guam

Kenderaan dinaiki tiga beranak itu meninggalkan ibu pejabat SPRM pada jam 7.40 malam tadi

8:41 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Selepas hampir sembilan jam, isteri Tun Daim Zainuddin selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Kenderaan jenis Estima dinaiki Toh Puan Naimah Abdul Khalid dan dua anaknya, Muhammed Amin dan Muhammed Amir dilihat keluar dari ibu pejabat SPRM pada jam 7.40 malam.

Sementara itu, peguam mereka, Rajesh Nagarajan bagaimanapun kesal dengan tindakan SPRM kerana masih gagal menjelaskan kesalahan dilakukan anak guamnya dan dilihat seperti hanya mahu ‘memancing’ maklumat.

“Terdapat lebih kurang 50 soalan diajukan kepada anak guam saya dan semua soalan telah dijawab.

“Itu adalah masalah besar kerana kita tidak tahu apa kesalahan yang dibuat jadi apabila soalan ditujukan, anak guam saya tidak tahu adakah soalan ini relevan atau tidak.

“Ini jelas menunjukan satu fishing expedition (memancing maklumat) di mana mereka sebenarnya membuat siasatan untuk mencari apakah kesalahan yang dibuat, langsung tidak masuk akal.

“Apabila ditanya kepada pegawai SPRM, mereka hanya maklum kami sedang menyiasat untuk memastikan apa kesalahan yang dibuat,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Ditanya sama ada anak guamnya akan dipanggil semula SPRM, Rajesh berkata, pihaknya difahamkan tidak akan dipanggil lagi.

Selain Toh Puan Naimah Abdul Khalid, SPRM turut mengambil keterangan dua anaknya, Muhammed Amin dan Muhammed Amir. – Azim Rahman/Scoop, 10 Januari, 2024

“Setakat yang kita tahu tiada sebarang notis untuk dipanggil semula tetapi SPRM ada kuasa untuk panggil semula jika diperlukan,” katanya.

Sementara itu, diminta mengulas sama ada Daim juga akan dipanggil selepas ini, peguam terbabit memaklumkan perkara tersebut ditanya kepada pegawai berkenaan namun tiada jawapan lanjut.

“Mereka tidak maklumkan perkara itu. Saya ada tanya tapi tidak dijawab,” katanya.

Dalam pada itu, peguam kepada anak-anak Daim, Sachpreetraj Sohanpal mendakwa pihaknya turut gagal mendapat butiran penuh mengenai punca sebenar ketiga-tiga mereka dipanggil SPRM, hari ini.

“(SPRM) pun tidak menyatakan (pertuduhan) pada dasarnya apa yang kami minta senang sahaja, kami nak tahu dasar dan asas untuk SPRM memulakan penyiasatan nanti.

“Sekiranya anak guam kita disyaki melakukan sesuatu kesalahan, pasti ada kaitan dan fakta latar belakang yang menyebabkan SPRM mengambil tindakan ini untuk memulakan siasatan. Itu yang kita nak tahu tapi butiran penuh kita tidak dapat,” katanya yang memaklumkan lebih 30 soalan ditanya kepada anak guamnya.

SPRM tidak menjelaskan sama ada Tun Daim Zainuddin juga akan dipanggil untuk memberi keterangan. – Gambar Bernama, 10 Januari, 2024

Daim sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan Umno ketika parti itu mentadbir negara.

Bulan lalu, SPRM turut menyita bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di ibu negara, yang dikatakan milik keluarga Daim.

Notis penyitaan bangunan setinggi 60 tingkat itu bertarikh 18 Disember tahun lalu disiarkan melalui ruangan pemberitahuan sebuah portal berita dengan ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib.

Pada 3 Januari lalu, media melaporkan SPRM memanggil empat individu bagi membantu siasatan kes sama yang direkodkan mengikut Seksyen 30 Akta SPRM 2009. – 10 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related