Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
5G: Peralihan rangkaian dwi borong diumum bulan ini | Scoop

5G: Peralihan rangkaian dwi borong diumum bulan ini

Pengumuman itu dibuat selepas menerima hasil mesyuarat oleh Pasukan Petugas Khas 5G

4:22 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka mengumumkan peralihan pemborong rangkaian tunggal 5G kepada pemborong dwi rangkaian dalam tempoh sebulan ini memandangkan rangkaian teknologi itu sudah mencapai 80.2 peratus liputan setakat bulan lalu.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, pengumuman mengenainya akan dibuat oleh Jemaah Menteri selepas menerima hasil mesyuarat oleh Pasukan Petugas Khas 5G pada Jumaat ini.

Menurutnya, mesyuarat pada Jumaat ini dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi bersama Digital Nasional Bhd (DNB), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan operator telekomunikasi bagi menentukan hala tuju 5G seterusnya.

“Mesyuarat ini akan tentukan hala tuju liputan rangkaian 5G negara. Hasil keputusan mesyuarat akan dimaklumkan kepada Jemaah Menteri sebelum kerajaan menimbang untuk mengumumkan peralihan daripada satu rangkaian borong kepada dwi rangkaian. Kita jangka mungkin dalam tempoh sebulan ini.

“Selepas itu, rangkaian kedua boleh diwujudkan sekiranya beberapa syarat dipersetujui oleh jawatankuasa ini dicapai. Prosesnya masih lama tetapi apa pun saya berasakan cukup bangga dengan usaha oleh DNB,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, setakat 31 Disember lalu, pelaksanaan rangkaian 5G sudah mencapai 80.2 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) iaitu mencapai sasaran ditetapkan.

Fahmi Fadzil berkata, perluasan liputan rangkaian 5G sudah mencapai sasaran ditetapkan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari tahun lalu iaitu untuk mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus menjelang akhir tahun 2023. – 10 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related