Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bekas ketua Srikandi Bersatu Terengganu didenda palsukan dokumen | Scoop

Bekas ketua Srikandi Bersatu Terengganu didenda palsukan dokumen

Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda

4:27 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Bekas ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memalsukan dokumen berkaitan program “Kembali ke Sekolah”, empat tahun lepas.

Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu terhadap Roslilawati Mukhtar, 45, yang juga Pengerusi Pertubuhan Komuniti Gemilang Terengganu dan turut memerintahkan wanita itu dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, dia dengan curangnya telah menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu senarai nama 100 orang untuk program itu bertarikh 17 Dis 2020 berjumlah RM5,000 yang dia tahu bahawa dokumen tersebut adalah palsu.

Kesalahan tersebut dilakukan di Ketengah Holding Sdn Bhd di Dungun pada Disember 2020.

Wanita itu dituduh di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mariah Omar manakala Roslilawati tidak diwakili peguam. – 8 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related