Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Saya bentuk Kementerian Digital, tidak fikir Malaysia boleh bersaing pantas: PM | Scoop

Saya bentuk Kementerian Digital, tidak fikir Malaysia boleh bersaing pantas: PM

Menurutnya, program digital harus dilaksanakan lebih drastik dan agresif berbanding dulu

11:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan program digital harus dilaksanakan lebih drastik dan agrestif supaya Malaysia tidak ketinggalan berbanding negara lain.

Perdana Menteri berkata, atas alasan itu beliau membentuk Kementerian Digital bagi membolehkan negara menyaingi tahap kelajuan dicapai beberapa negara lain dalam bidang itu.

“Program digital harus dilaksanakan lebih drastik dan agresif dari dulu, kalau tidak kita ketinggalan. Begitu juga program lain, umpamanya digital.

“Saya bentuk kementerian khas ini (kerana) saya tidak fikir Malaysia boleh bersaing pantas dengan tahap kelajuan dicapai beberapa negara lain tanpa fokus kepada bidang digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Puspanitapuri di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Menurutnya, walaupun bidang digital menekankan soal teknologi baharu, ia turut melibatkan soal nilai yang perlu diberikan perhatian.

Susulan itu, beliau mahu sebarang usaha dilaksanakan berkaitan bidang itu perlu merentasi kementerian dan jabatan.

“Digital itu satu prakasa baru yang menekankan soal teknologi baru tetapi kita mesti mengakar ke bumi. Kita ada sistem keyakinan kita, kita ada nilai kita.

“Jadi hal itu perlu didekati, sebab itu ia perlu merentasi jabatan dan kementerian. Tapi janganlah fikir langkah lama. Itu jabatan saya, itu kementerian saya, tidak boleh lagi. Mesti merentas semua,” katanya.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) umpamanya harus menjelajah ke seluruh jabatan dan unit supaya penjawat awam memahami mengenainya dan bertindak.

“Mudah-mudahan dengan pendekatan ini dan peningkatan Perbadanan Produktiviti Malaysia untuk melanjutkan beberapa reform (pembaharuan) penjawat awam kita dapat berdepan maju di tahun 2024 pada tahap lebih cemerlang.

“Saya dan Jemaah Menteri tentunya bergantung banyak kepada keupayaan dan prestasi penjawat awam yang telah beri kerjasama memuaskan dan membanggakan kita semua,” katanya. – 8 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related