Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Harus hantar laporan kemajuan projek kementerian, jabatan setiap bulan: PM | Scoop

Harus hantar laporan kemajuan projek kementerian, jabatan setiap bulan: PM

Ia langkah terbaru yang diperkenalkan kerajaan bermula tahun ini

9:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian dan jabatan untuk mengemukakan laporan kemajuan sesuatu projek yang dilaksanakan setiap bulan.

Menurutnya, langkah itu merupakan kaedah terbaru yang diperkenalkan kerajaan bermula tahun ini.

“Selalunya bila ketua-ketua jabatan, ketua setiausaha kementerian (KSU) jumpa dalam perbincangan saya dalam mesyuarat jawatankuasa Kabinet semua mencadangkan minta peruntukan, tambah projek.

“Ya, memang dibolehkan tetapi ada kaeadah baru kita nak perkenalkan iaitu mesti ada laporan bulanan… (mengenai) apa yang dilakukan, apakah sumbangan (penjawat awam) untuk melaksanakan projek itu,” katanya ketika berucap dalam majlis perhimpunan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

Menurutnya, laporan bulanan itu harus dihantar melalui KP, KSU dan seterusnya kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk makluman beliau.

Katanya, langkah itu supaya ada pendekatan yang agak berbeza dilaksanakan berbanding perlu menunggu laporan setahun mengenai perkembangan sesuatu projek sebelum ini.

“(Jadi) Setiap bulan ada kemajuan yang jelas. Sumbangan penjawat awam menjadikan negara ini negara Madani atau ekonomi Madani dan dasar yang dicerakinkan dalam peralihan tenaga, transformasi digital ataupun pelan perindustrian dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Jadi saya harap hal ini dapat dilakukan dengan usaha perubahan semua. Anda tahu (penjawat awam) dalam sistem politik, Jemaah Menteri kita cuba melakukan kaedah baru meneruskan usaha yang baik dulu, tapi pendekatan kita harus berubah,” katanya.

Susulan itu, katanya, Kerajaan Madani tidak meneruskan kaedah rundingan terus sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini untuk mengelak kecelaruaan dan salah guna kuasa.

“Hal-hal ini ditekankan. Kemudian, di setiap kementerian ada pendekatan harus lebih berani sekarang. Walaupun ada desas-desus pelbagai hal tapi saya yakin kerajaan kita stabil.

“Oleh kerana stabil kita nak gunakan sepenuhnya untuk melaksanakan program bagi mengangkat martabat negara kita,” katanya.

Sementara itu, Anwar turut menekankan sektor pendidikan di negara ini tidak lagi boleh terikat dengan acuan lama.

Katanya, penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar harus lebih baik berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, peningkatan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar juga harus diberi keutamaan. – 8 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related