Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan ditahan SPRM, mohon bantuan untuk pelajar asnaf guna dokumen palsu | Scoop

Pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan ditahan SPRM, mohon bantuan untuk pelajar asnaf guna dokumen palsu

Penerima yang disenaraikan itu didakwa tidak pernah menerima bantuan tersebut serta program Back to School pula tidak pernah diadakan

6:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang wanita yang juga Pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu kerana disyaki mengemukakan dokumen permohonan bantuan program Back to School yang mempunyai butir matan palsu.

Dokumen itu dikemukakan kepada sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri tersebut.

Sumber berkata, wanita tersebut didakwa mengemukakan tuntutan bantuan berjumlah RM5,000 untuk diagihkan kepada 100 pelajar asnaf yang disenaraikan.

Namun katanya, penerima yang disenaraikan itu didakwa tidak pernah menerima bantuan tersebut serta program Back to School pula tidak pernah diadakan.

“Suspek yang berusia awal 40-an ditahan kira-kira jam 12 tengahari tadi di pejabat SPRM Negeri Terengganu ketika hadir memberi keterangan,” katanya hari ini.

Sumber menambah, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu esok untuk pertuduhan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – 7 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related