Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Sultan Johor tidak terima permohonan menghadap sehingga 31 Januari | Scoop

Sultan Johor tidak terima permohonan menghadap sehingga 31 Januari

Baginda ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sebelum menggalas amanah besar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024

5:36 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Januari ini.

Baginda bertitah sedemikian melainkan majlis yang telah ditetapkan dan sesi mingguan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta kerajaan negeri.

“Bermula sekarang sehingga saya mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, saya tidak akan menerima apa-apa permohonan untuk menghadap.

“Dalam tempoh berkenaan, saya ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sebelum menjalankan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar,” titah baginda kepada Royal Press Office menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini.

Pada 27 Oktober lepas, Majlis Raja-Raja bersetuju melantik Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024.

Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Januari ini. – 6 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related