Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pekerja asing tiada pekerjaan: Kaji sebab, perbetulkan di peringkat negara sumber | Scoop

Pekerja asing tiada pekerjaan: Kaji sebab, perbetulkan di peringkat negara sumber

MEF bersetuju supaya tindakan dikenakan terhadap perekrut tidak bertanggungjawab yang membawa masuk pekerja warga asing tanpa pekerjaan

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bersetuju tindakan perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat yang merekrut pekerja asing, tetapi gagal menempatkan mereka di sektor pekerjaan.

Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, isu lambakan pekerja asing itu dapat diatasi sekiranya ia diperbetulkan pada peringkat negara sumber.

Namun, katanya, pada masa sama perlu juga difahami bahawa banyak sebab berlakunya lebihan pekerja asing, antaranya cabaran global yang menyebabkan permintaan berkurang berbanding dengan ramalan sebelum ini.

“Terdapat situasi di mana mereka membawa masuk lebih daripada yang diperlukan akibat limpahan buruh.

“Kadangkala majikan membuat perubahan (jumlah pekerja diperlukan) berdasarkan cabaran global, mengakibatkan permintaan berkurang daripada yang diramalkan sebelum ini. Ini juga boleh menyebabkan buruh berlebihan.

“Oleh itu kita mesti mengkaji sebab-sebab dan menangani isu ini di peringkat negara sumber. Kita tidak boleh membuat kenyataan umum untuk denda semua majikan.

“Kami bersetuju supaya tindakan dikenakan terhadap perekrut tidak bertanggungjawab yang membawa masuk pekerja warga asing tanpa pekerjaan. Jadi jika isu ini diperbetulkan di peringkat (negara) sumber, ia boleh diselesaikan,” katanya kepada Scoop.

Semalam, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mencadangkan supaya syarikat yang didapati membawa masuk pekerja asing, tetapi gagal menempatkan mereka di sektor pekerjaan, perlu dikenakan kompaun tinggi sehingga RM30,000 bagi setiap pekerja.

Beliau menyifatkan isu berkenaan memberi kesan kepada semua industri dalam negara, khususnya perladangan.

Katanya, isu pekerja asing yang dibawa masuk ke dalam negara tetapi tidak mendapat pekerjaan, seolah-seolah menunjukkan ada syarikat dalam sektor terbabit cuba mengeksploitasinya sebagai perniagaan.

Cadangan itu dikemukakan Johari susulan kejadian pada 25 Disember lalu, mengenai penahanan sekumpulan 171 lelaki warga asing yang berjalan kaki beramai-ramai di Pengerang, Johor ke Balai Polis Bayu Damai untuk membuat laporan kerana ejen pekerjaan tidak memberikan mereka pekerjaan.

Dalam pada itu, Syed Hussain berkata, lebihan pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini secara sah, boleh ditempatkan di sektor lain yang memerlukan.

“Bagi kami ini lebih baik dan dilihat sebagai penyelesaian menang-menang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, MEF kekal dengan pendirian bahawa urusan membabitkan pekerja asing perlu diletakkan di bawah satu kementerian sahaja, iaitu Kementerian Sumber Manusia (KSM).

“MEF sentiasa menyatakan bahawa mesti ada satu kementerian (menguruskan) masuk dan keluar (pekerja asing) dan segala keperluan buruh ini. Jadi seeloknya diletakkan bawah KSM.

“Jika ini berlaku akan ada ketelusan dan akauntabiliti dalam urusan pekerja yang dibawa masuk ke negara ini,” katanya. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Four found dead after Pinkfish NYE concert in Sunway Lagoon, say cops

KUALA LUMPUR — Police have confirmed the deaths of two men and two women, all locals, who attended an electronic dance music (EDM) concert in Bandar Sunway, Subang Jaya, on Tuesday. Selangor Police...

Related