Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Meminta, terima rasuah lebih RM6 juta: Empat individu termasuk seorang CEO dan dua wakil perunding persatuan bola sepak direman | Scoop

Meminta, terima rasuah lebih RM6 juta: Empat individu termasuk seorang CEO dan dua wakil perunding persatuan bola sepak direman

Berdasarkan siasatan, wang lebih RM6 juta berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak

2:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan dua wakil perunding sebuah persatuan bola sepak di sebuah negeri di utara tanah air kerana disyaki meminta serta menerima wang rasuah lebih RM6 juta.

Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Januari depan terhadap keempat-empat suspek telah dikeluarkan oleh Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.

Menurut sumber, keempat-empat suspek lelaki yang berusia antara 40 hingga 60 tahun itu ditahan sekitar jam 5 hingga jam 6.30 petang semalam ketika hadir ke Pejabat SPRM Kedah bagi dirakamkan keterangan.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, wang lebih RM6 juta berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak.

“Wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik sebuah syarikat untuk mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri,” katanya.

Sementara itu Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap keempat-empat suspek berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16a(B) Akta SPRM 2009. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related