Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Enggan tanggung 'biawak hidup', KKDW tutup anak syarikat gagal jana untung | Scoop

Enggan tanggung ‘biawak hidup’, KKDW tutup anak syarikat gagal jana untung

Beberapa anak syarikat telah ditutup tahun lalu dan senarainya akan diumumkan di Parlimen nanti

12:11 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Anak syarikat di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang tidak menjana keuntungan akan ditutup atau ditukar kerana kementerian tidak mahu menanggung ‘biawak hidup’, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beliau telah mengarahkan semua pengerusi agensi di bawah KKDW untuk memantau prestasi entiti masing-masing.

“Sila tukar syarikat yang tidak mempunyai keuntungan dan elok cari jalan untuk sumbang keuntungan itu kepada agensi atau badan induk KKDW. Jika tidak, arahan saya – tutup.

“Ini sangat penting supaya kita tidak tanggung biawak hidup dalam organisasi kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun 2024 KKDW di sini hari ini.

Beliau berkata, beberapa anak syarikat di bawah KKDW telah ditutup tahun lalu kerana tidak menjana keuntungan dan senarainya akan diumumkan di Parlimen nanti.

“Telah ada yang ditutup, kami juga tawar management buy out kepada pihak pengurusan syarikat berkenaan. Kita serahkan kepada mereka dengan bayaran nominal bagi mereka meneruskan jika ia keluar dari badan induk (KKDW),” katanya dalam sidang media selepas majlis itu.

Ahmad Zahid berkata, tindakan menukar dan menutup anak syarikat tidak menjana keuntungan adalah acuan baharu dan ia telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Perdana Menteri juga telah mengarahkan anak syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan melaksanakan pendekatan sama seperti dibuat di KKDW. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related