Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Seorang pekerja kuari terbunuh, seorang lagi parah dalam kejadian tanah runtuh | Scoop

Seorang pekerja kuari terbunuh, seorang lagi parah dalam kejadian tanah runtuh

Kejadian berlaku di tapak kuari dekat Bandar Saujana Putra, Kuala Langat petang tadi

7:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja kuari terbunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di tapak kuari di Bandar Saujana Putra dekat Kuala Langat hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 4.32 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat dua mangsa, lelaki berusia lingkungan 30-an, tertimbus.

“Mereka merupakan pekerja di tapak kuari berkenaan.

“Satu mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai dan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut manakala seorang lagi ketika itu masih tertimbus,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kedua kemudiannya berjaya dibawa keluar pada jam 6.42 petang oleh anggota bomba dan disahkan meninggal dunia.

Katanya, pemeriksaan mendapati berlaku tanah runtuh sedalam lebih satu meter di kuari tersebut. – 4 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related