Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lelaki belasah isteri hingga cedera ditahan | Scoop

Lelaki belasah isteri hingga cedera ditahan

Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati, suri rumah itu mengalami kecederaan ‘soft tissue injury’ pada tangan kanan, jari tengah tangan kanan dan kaki kanan

3:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang individu ditahan polis selepas disyaki memukul isterinya dengan teruk sehingga cedera ketika berlaku pertengkaran antara mereka dalam kejadian di Taman Maju Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek ditahan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah semalam pada kira-kira jam 5.25 petang di kawasan berkenaan.

Katanya, hasil ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia negatif dadah dan semakan menunjukkannya tiada rekod jenayah lampau.

“Permohonan reman terhadap suspek dimohon hari ini di Mahkamah Ampang untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, mangsa yang juga suri rumah membuat laporan polis pada hari kejadian, dengan memaklumkan pada kira-kira jam 2 pagi semasa dia dan suaminya berada di rumah, berlaku perselisihan faham antara mereka.

“Semasa pertengkaran, suspek bertindak memukul pengadu dengan menggunakan tangan dan menyebabkan pengadu mengalami sakit serta lebam di tangan, kaki dan badan.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Ampang mendapati, pengadu mengalami kecederaan ‘soft tissue injury’ pada tangan kanan, jari tengah tangan kanan dan kaki kanan,” katanya.

Azam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Sekyan 18a Akta Keganasan Rumah Tangga, merujuk kepada kesalahan boleh ditangkap.

“Hukuman Seksyen 323 Kanun Keseksaan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Pihak polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terbabit dalam apa-apa perbuatan keganasan terhadap rumah tangga,” katanya. – 3 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related