Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Roti canai RM9: KPDN Pahang serah notis justifikasi, ‘premis kena beri sebab’ | Scoop

Roti canai RM9: KPDN Pahang serah notis justifikasi, ‘premis kena beri sebab’

Pengarahnya, Jezlily berkata, menerusi notis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 itu, pengusaha premis diberi masa hingga 4 Januari ini untuk berbuat demikian

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang, sudah menyerahkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) ke atas pengusaha sebuah restoran yang didakwa menjual roti canai kosong pada harga RM9 sekeping.

Pengarahnya, Jezlily Jamaluddin berkata, notis terbabit diberikan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2021, bagi mendapatkan maklum balas, justifikasi dan perincian daripada pengusaha premis berkenaan mengenai harga dikenakan itu.

Katanya, anggota penguatkuasa kementerian itu terus ke premis dikatakan untuk membuat semakan dan menyerahkan notis berkenaan serta-merta pada hari sama laporan berhubung perkara terbabit diterima pihaknya, iaitu akhir Disember lalu.

“Sebenarnya kami (KPDN Negeri Pahang) sudah buat pemeriksaan ke atas premis yang diadu itu untuk kita lakukan siasatan dan hasil pemeriksaan awal kita dapati, tanda harga makanan dan minuman ada dipamerkan dengan jelas pada setiap sudut ruang perniagaan itu, termasuk di pintu masuk utama, dinding serta rak penyediaan makanan pun ada.

“Tapi kita serahkan NPMB di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011, kita bagi tempoh masa pada peniaga ini sejak tarikh notis diserahkan yang berakhir pada 4 Januari nanti.

“Notis ini untuk kita dapatkan maklumat harga barangan dan dokumen sokongan bagi roti canai itu untuk kita siasat lanjut sekiranya wujud elemen kesalahan mencatut, jadi dalam tempoh tertentu selepas 4 Januari, kita boleh dapat kesimpulan dan sebagainya,” katanya kepada Scoop.

Jezlily berkata, susulan penyerahan notis, pengusaha premis berkenaan juga perlu membuktikan kepada pihaknya mengapa harga sekeping roti canai kosong dijual pada harga RM9, termasuk elemen terkandung di dalam makanan itu.

“Jadi apabila kita tengok dokumen itu nanti, kalau kita rasa premis ini tidak tertakluk kepada entiti pencatutan, maksudnya tak ada isulah dalam perkara ini,” katanya.

Selain itu, Jezlily berkata, pengguna mempunyai pilihan untuk menentukan premis ingin dikunjungi dan harga dirasakan lebih berbaloi kepada mereka.

“Sebab di KPDN, kita bangunkan aplikasi mudah alih untuk perbandingan harga, ‘Price Catcher’ sebagai panduan untuk mereka melihat, memantau dan membuat pilihan,” katanya.

Terdahulu, Scoop melaporkan, seorang pengguna berkongsi gambar sekeping roti canai kosong yang dikatakan dijual terlalu mahal, iaitu RM9 sehingga ia tular di media sosial dan menerima pelbagai respon daripada netizen.

Harga itu dikatakan beberapa kali ganda lebih mahal berbanding harga dikenakan untuk hidangan berkenaan di mana-mana presmis yang kebiasaannya tidak melebihi RM2 sekeping.

Keterangan di hantaran itu mengatakan, lokasi premis makanan berkenaan terletak di sebuah kawasan pelancongan tanah tinggi di Malaysia.

Nasi lemak kosong dengan sambal dan telur separuh pula berharga RM10. – Gambar dari media sosial, 3 Januari 2024

Melalui senarai harga hidangan dipesan pelanggan di restoran itu seperti yang tertera pada resit bertarikh 26 Disember 2023 pula, nasi lemak kosong dijual RM10 sepinggan, roti canai telur (RM11 sekeping) dan roti canai kosong (RM9 sekeping).

Jumlah harga perlu dibayar pelanggan itu untuk sepinggan nasi lemak kosong, sekeping roti telur, dua keping roti canai kosong dan dua juadah tambahan, dengan termasuk caj perkhidmatan enam peratus adalah RM45.

“Roti canai kosong RM9 sekeping. Nak tanya kenapa kalau jual dekat Genting Highlands auto mahal, tepung dari luar negara ke?

“Kalau macam ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) boleh ambil tindakan tak,” soal individu terbabit sambil meletakkan pautan ke akaun X kementerian berkenaan.

Beberapa jam selepas dimuatnaik, hantaran itu dilihat 433,000 pengguna, dengan kira-kira 1,300 ulang ciap dan ratusan komen.

Walaupun rata-rata pengguna mengakui harga dikenakan pihak premis di kawasan pelancongan dan percutian kebiasaannya lebih mahal sedikit, RM9 untuk sekeping roti canai kosong sememangnya dianggap terlalu mahal. – 3 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Sewing up accountability: Khazanah, PNB’s FashionValet losses demand transparency – A. Azim Idris

Public pressure mounts for transparency in the management of the GLCs' funds amid recent investment setbacks

A game-changing project: Ipoh to get its landmark transit-oriented development

Ipoh Sentral is strategically positioned to serve as a gateway to the central region of the peninsula, creating limitless economic opportunities for Perak’s capital city

Nga Kor Ming questions ‘strange’ police probe over Christmas celebration

IPOH – Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming confirmed that police have recently recorded his statement in relation to a Christmas celebration organised by his ministry. Nga said officers from the...

Related