Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Israel akan hadir ke mahkamah PBB berhubung pertuduhan genosid di Gaza | Scoop

Israel akan hadir ke mahkamah PBB berhubung pertuduhan genosid di Gaza

Negara itu berdepan tuduhan melanggar Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid berhubung dengan rakyat Palestin di Gaza

3:47 PM MYT

 

BAITULMAQDIS – Israel memutuskan untuk menghadiri pendengaran kes berkaitan ‘tindakan genosid (pembunuhan beramai-ramai) di Gaza’ yang difailkan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Hague, Belanda, Xinhua memetik laporan laman sesawang Israel Ynet semalam.

“Israel telah menandatangani konvensyen menentang pembunuhan beramai-ramai selama beberapa dekad dan kami pastinya tidak akan memboikot prosiding itu, tetapi bangkit dan menangkis plot yang tidak masuk akal terhadap kami,” kata penasihat keselamatan negara Israel Tzachi Hanegbi.

Menurut laporan terbabit, keputusan itu didahului dengan perbincangan intensif oleh pegawai-pegawai atasan diketuai Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Kes itu difailkan pada Jumaat di mana Israel berdepan tuduhan melanggar Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid berhubung dengan rakyat Palestin di Gaza.

Dalam pemfailan itu, Afrika Selatan turut menggesa ICJ melindungi hak-hak rakyat Palestin daripada sebarang kemudaratan di bawah Konvensyen Genosid. – 2 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related