Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ketua pembangkang Korea Selatan ditikam di leher | Scoop

Ketua pembangkang Korea Selatan ditikam di leher

Insiden berlaku ketika beliau melakukan lawatan ke tapak lapangan terbang di selatan Busan, hari ini

11:25 AM MYT

 

SEOUL – Pemimpin Parti Demokrat Korea Selatan, Lee Jae-myung ditikam di leher semasa lawatan ke bandar pelabuhan selatan Busan, hari ini.

Jae-myung yang kalah tipis pada Pilihan Raya presiden 2022 dalam keadaan sedar dan dikejarkan ke hospital universiti tempatan, lapor agensi berita Yonhap.

Ketua pembangkang itu dipercayai diserang seorang lelaki yang tidak dikenali ketika melawat tapak lapangan terbang yang dicadangkan.

Serangan itu menyebabkan dia mengalami kesan tusukan sepanjang satu sentimeter (cm) di lehernya, lapor televisyen YTN.

Suspek dipercayai seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an atau 60-an, yang memakai mahkota kertas yang tertera nama Lee.

Dia mendekati Jae-myung dan meminta autograf sebelum tiba-tiba meluru ke hadapan dan menyerangnya.

Suspek bagaimanpun berjaya ditahan di lokasi kejadian.

Klip video yang disiarkan menerusi televisyen YTN dan platform media sosial X menunjukkan detik-detik serangan itu, dengan seorang lelaki meluru ke arah Jae-myung.

Jae-myung kemudian dilihat rebah dengan matanya tertutup manakala beberapa individu cuba menghentikan pendarahan di lehernya.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mengecam serangan itu dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak boleh diterima.

Beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap Jae-myung dan mendoakannya agar segera pulih.

Jae-myung yang juga bekas gabenor wilayah Gyeonggi tewas tipis kepada Suk Yeol dari parti konservatif pada Pilihan Raya Presiden 2022.

Jae-myung kini dibicarakan atas dakwaan rasuah berpunca daripada projek pembangunan semasa beliau menjadi Datuk Bandar Seongnam dekat Seoul.

Beliau bagaimanapun menafikan sebarang salah laku dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai “fiksyen” dan “konspirasi politik”.

Jae-myung mengetuai parti pembangkang utama di negara itu sejak Ogos 2022.

Pilihan Raya Parlimen Korea Selatan dijadualkan berlangsung pada April ini. – Agensi

Topics

 

Hangat

Related