Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Gempa bumi Jepun: Lebih 100 bangunan terbakar di Wajima, 6 maut | Scoop

Gempa bumi Jepun: Lebih 100 bangunan terbakar di Wajima, 6 maut

Bangunan terbakar kebanyakannya kedai kayu terkemuka yang terletak di sepanjang Jalan Asaichi

9:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lebih 100 bangunan di bandar Wajima, wilayah Ishikawa dipercayai terbakar selepas gempa bumi melanda Jepun dengan kekuatan 7.5 magnitud, petang semalam.

Anggota bomba masih berusaha memadamkan kebakaran berskala besar yang berlaku di bandar terbabit.

Menurut jabatan bomba, bangunan yang terbakar kebanyakannya kedai kayu yang terletak di sepanjang Jalan Asaichi yang terkenal di pusat bandar itu.

Bandar Wajima antara kawasan terjejas teruk selepas gempa bumi kuat menggegarkan pantai barat Jepun yang mencetuskan amaran tsunami dan perintah evakuasi di beberapa wilayah di negara itu.

Ini adalah kali pertama amaran tsunami besar dikeluarkan sejak gempa bumi 2011 di timur laut Jepun.

Amaran tsunami besar dikeluarkan apabila dijangkakan tsunami setinggi 3 meter atau lebih.

Ishikawa, di mana pusat gempa bumi utama berlaku, mengalami gelombang tsunami kecil lebih daripada 1.2 meter pada pukul 4:21 petang waktu tempatan.

Wilayah Toyama pula melaporkan gelombang tsunami 50 sentimeter pada 4.23 petang waktu tempatan, menurut laporan media tempatan.

Sementara itu, sekurang-kurangnya enam dilaporkan maut di wilayah Ishikawa susulan tragedi berkenaan.

Agensi Meteorologi Jepun mengubah semua amaran tsunami di sepanjang Laut Jepun kepada amaran waspada dan penduduk dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga mengenai kemungkinan berlaku lebih banyak gempa susulan.

Pada masa sama, polis di Ishikawa memaklumkan seorang lelaki warga emas disahkan meninggal dunia selepas diselamatkan dari runtuhan rumah selain turut mengesahkan kematian lima yang lain. – Agensi

Topics

 

Hangat

Related