KUALA LUMPUR — Sambal Nyet yang merupakan produk keluaran pempengarah Khairul Aming, kini dikatakan telah diciplak oleh individu lain dan dijual platform e-dagang.
Ia menyebabkan netizen menularkan produk tersebut selepas ramai yang mengadu mereka telah tersalah beli produk itu.
Berdasarkan gambar-gambar yang tular di media sosial, ia turut menggunakan nama ‘Sambal Nyet Khairi’ dan terdapat gambar seorang individu yang memberikan penghargaan kepada pasukannya.
Netizen meluahkan kemarahan mereka kerana ia mengelirukan dan mencetuskan banyak persoalan.
Mereka marah kenapa produk Khairul Aming ditiru malah pelekat pada botol sambal itu sama dengan produk asal.
Malah seorang pembeli mengaku dia telah terbeli lima botol sambal ‘tiruan’ berkenaan ketika promosi 12.12 lalu.
Pembeli itu berasa sangat dan meminta bayaran balik tetapi tidak diendahkan oleh penjual.
Hi @khairulaming , tolong lah buat apa yang patut dekat orang yang plagiarism Sambal Nyet Awak ni. Saya beli 5 bottle masa 12.12 hari tu, ingat nak buat stock, end up, barang sampai lain. Sedihhh sangat. Nak makan pun tak ada selera, tak ada Sambal Nyet Khairulaming. pic.twitter.com/DE6LcxvygZ
— iamjiha (@JihaSharif) December 19, 2023
“Beli dekat TikTok. Ingat Sambal Nyet Khairulaming je. Ni ada pula orang plagiarism ambil nama dia. Pening customer macam aku ni. Pilih lah nama lain ke apa. I is sad,’’ katanya.
Harap KA boleh take action la. Dorg patut patenkan sambal nyet tu dgn design2 sekali. Bila hntr lawsuit confirm menang tanpa bicara.
— Kipas (@CT_Voter) December 27, 2023
Netizen turut ‘tag’ Khairul Aming dan meminta selebriti tersebut mengambil tindakan segera bagi mengelakkan lebih ramai pengguna yang tertipu.
Tidak kurang pula yang menunjukkan cara-cara untuk membuat laporan kepada platform e-dagang supaya produk plagiat tersebut disekat penjualannya.
Org sampai tertipu ingt @khairulaming punya sambal 😅 pic.twitter.com/nef0xOWDwL
— mhmdsywl 🇲🇾 (@mhmdsywl) December 27, 2023
Sambal Nyet keluaran Khairul Aming telah terjual sebanyak 2.4 juta botol pada September lalu, iaitu selepas kira-kira tiga tahun dilancarkan. Jumlah tersebut adalah bersamaan dengan nilai jualan RM33.5 juta.
Ia juga merupakan antara faktor yang melayakkan beliau memenangi anugerah Creator Of The Year, TikTok Awards Malaysia 2023.
Dalam pada itu, Khairul Aming masih belum mengulas mengenai Sambal Nyet ciplak tersebut. – 28 Disember, 2023