Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Himpunan Kepung Demi Palestin: Polis tidak kompromi soal keselamatan, peserta dilarang dirikan khemah | Scoop

Himpunan Kepung Demi Palestin: Polis tidak kompromi soal keselamatan, peserta dilarang dirikan khemah

Polis tidak akan membenarkan apa-apa insiden yang menggugat ketenteraman awam, khususnya keselamatan premis suruhanjaya tinggi dan kedutaan asing di kawasan ini

11:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis melarang peserta himpunan Kepung Demi Palestin daripada mendirikan sebarang struktur, termasuk khemah di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, menjadi tanggungjawab polis mengeluarkan arahan itu bagi menjaga ketenteraman dan keselamatan semua pihak, termasuk premis pihak kedutaan asing.

“Kita tidak akan membenarkan apa-apa insiden yang menggugat ketenteraman awam, khususnya keselamatan premis suruhanjaya tinggi dan kedutaan asing di kawasan ini.

“Tanggungjawab utama kita sekarang adalah untuk memastikan tiada apa-apa struktur, khemah dan sebagainya didirikan di kawasan berhampiran dengan kedutaan-kedutaan asing di sini.

“Kita perlu juga pertimbangkan keselamatan orang awam, kenderaan lalu lintas dan sebagainya supaya tidak terganggu, jadi saya mohon pada semua berikan kerjasama,” katanya kepada pihak media di lokasi himpunan, malam ini.

Allaudeen menegaskan, pihak polis berpegang kepada pendirian bersimpati dengan nasib dialami rakyat Palestin, namun tetap mempunyai tanggungjawab utama menjaga keselamatan rakyat dan penduduk.

Katanya, tanggungjawab itu bukan sahaja membabitkan warganegara Malaysia, malah semua pihak, termasuk tetamu asing di negara ini.

“Kita tegaskan yang kita sentiasa bersimpati dan menyokong perjuangan mereka (rakyat Palestin).

“Bagaimanapun menjadi tanggungjawab tuan rumah memastikan keselamatan premis, harta benda, rakyat, perwakilan asing, itu yang kita akan laksanakan,” katanya.

Terdahulu, agenda penganjur himpunan berkenaan, Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) adalah memasang khemah dan bermalam di hadapan Kedutaan AS selama enam hari sehingga 31 Disember ini.

Ia sebagai tanda solidariti kepada Palestin selain mendesak AS yang juga sekutu Israel supaya menggesa tentera Zionis melakukan gencatan senjata segera. – 26 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related