Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mangsa lemas kedua, Nur Damia Qaisara ditemukan | Scoop

Mangsa lemas kedua, Nur Damia Qaisara ditemukan

Nur Damia Qaisara bersama rakannya Siti Aisyah Mazi, 11, terjatuh ke dalam sungai sebelum dibawa arus pada Ahad lalu

4:25 PM MYT

 

PASIR MAS – Mangsa kedua kes lemas di Kampung Petai Dusun, Baroh Pial di Rantau Panjang, di sini, berjaya ditemukan pada 7 pagi tadi selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superitendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, mayat Nur Damia Qaisara Mohd Sabre, 11, ditemukan kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa bersama rakannya terjatuh.

“Mayat kanak-kanak itu ditemukan oleh orang awam dan telah dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat,” katanya pada sidang media di Pondok Polis Repek di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Nur Damia Qaisara bersama rakannya Siti Aisyah Mazi, 11, terjatuh ke dalam sungai sebelum dibawa arus pada Ahad lepas.

Jenazah Siti Aisyah ditemukan pada hari yang sama. – 26 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related