Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pengantin rugi RM13,000: Polis kesan maklumat akaun pemilik katering melalui CCIS | Scoop

Pengantin rugi RM13,000: Polis kesan maklumat akaun pemilik katering melalui CCIS

Pengantin perempuan dan keluarga terpaksa memasak sendiri juadah selepas jurusaji ‘hilang’ sehari sebelum majlis pernikahan

10:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan nombor akaun selain maklumat pemilik akaun pengendali khidmat pakej perkahwinan dari Sistem Risikan Jenayah Komersial (CCIS) susulan kes tular membabitkan pengantin yang mengalami kerugian lebih RM13,000.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, ini selepas pihaknya menerima laporan daripada pengadu iaitu wanita berusia 26 tahun yang mendakwa terpedaya dalam urusan pakej perkahwinan di Facebook pada 3 April lalu dan mengalami kerugian berkenaan.

Katanya, pengadu membuat laporan kira-kira pukul 12.03 tengah malam iaitu sebelum majlis perkahwinannya berlangsung, kelmarin.

Pengadu menjadi mangsa penipuan sehingga terpaksa memasak sendiri juadah bersama ahli keluarganya untuk tetamu.

Chang Hook memberitahu, polis juga akan mendapatkan maklumat mengenai syarikat katering itu melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Siasatan awal mendapati, mangsa berurusan dengan seorang perancang perkahwinan dari Shah Alam, Selangor pada 3 April lalu. Mangsa kemudiannya terus membuat pembayaran pertama sebagai deposit secara dalam talian berjumlah RM2,780.

“Mangsa membuat pembayaran kedua pada 17 Jun sebanyak RM5,554 dan bayaran ketiga, RM4,954 pada 30 Ogos lalu.

“Secara keseluruhan mangsa membuat pembayaran berjumlah RM13,200 secara dalam talian dan pembayaran dibuat atas nama syarikat,” katanya hari ini.

Katanya, pembayaran itu bagi majlis kenduri yang diadakan ada Ahad lalu (24 Disember) namun mangsa mendakwa tidak menerima pakej seperti dijanjikan.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa terpedaya dalam urusan pakej perkahwinan di Facebook dan hanya menjalankan urusan secara dalam talian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Semalam media melaporkan, sebuah keluarga terpaksa memasak hidangan makanan kepada tetamu bagi majlis perkahwinan dianjurkan gara-gara pihak jurusaji tidak memberikan maklum balas pada saat akhir.

Abang kepada pasangan pengantin terbabit, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31, dalam kenyataan menerusi Facebook berkata, pihak jurusaji itu sepatutnya menyediakan hidangan untuk 1,000 tetamu dan pelamin.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, keluarganya kerugian RM13,000 bagi majlis perkahwinan yang berlangsung semalam di Dewan Maktab Rendah Sains MARA Serting. – 26 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related