Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
KSM akan panggil agensi, majikan bawa masuk 171 warga Bangladesh tanpa pekerjaan | Scoop

KSM akan panggil agensi, majikan bawa masuk 171 warga Bangladesh tanpa pekerjaan

Susulan warga asing berkenaan ditahan selepas dirakam berjalan kaki beramai-ramai di Kota Tinggi

9:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memanggil agensi termasuk majikan yang terlibat dalam pengambilan 171 pekerja asing dari Bangladesh kerana gagal mendapatkan pekerjaan selepas tiga bulan berada di negara ini.

Menterinya, Steven Sim berkata, siasatan menyeluruh akan dijalankan pada minggu ini.

Malah katanya, KSM akan membantu pekerja terlibat bagi mendapatkan pekerjaan sewajarnya.

“Saya tekankan di sini, pengambilan pekerja asing adalah untuk menyokong perjalanan perniagaan dan tidak sepatutnya dijadikan satu ‘perniagaan’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk menambah baik dasar berkaitan pekerja asing.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora mengesahkan penahanan 171 pekerja asing warga Bangladesh kerana menimbulkan kegusaran awam selepas dirakam berjalan kaki beramai-ramai di kawasan depan simpang dekat Teluk Ramunia Bayu Damai, Kota Tinggi.

Katanya, sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian bagi pemeriksaan lanjut susulan laporan polis dibuat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung kejadian tersebut.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, semua agensi termasuk majikan yang terlibat dalam pengambilan 171 pekerja asing dari Bangladesh itu akan dipanggil dan siasatan menyeluruh dijalankan pada minggu ini. – Gambar Facebook Steven Sim, 26 Disember, 2023

“Benar, video yang tular itu adalah kejadian baharu minggu lalu. Mereka difahamkan menuju ke Balai Polis Bayu Damai bagi membuat laporan polis berikutan ditipu ejen pekerjaan yang tidak memberi pekerjaan.

“Kejadian berlaku pada pagi Rabu lalu apabila ratusan warga Bangladesh dikesan berjalan kaki di kawasan hadapan simpang masuk Teluk Ramunia Bayu Damai.

“Hasil pemeriksaan mendapati, seramai 171 lelaki warga Bangladesh berusia antara 19 hingga 43 tahun ditahan Rabu lalu untuk siasatan lanjut oleh Jabatan Imigresen di atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Scoop difahamkan mereka berjalan kaki bagi membuat laporan polis ke balai polis berhampiran selepas mendakwa ditipu ejen pekerjaan. – 26 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related