Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
171 warga Bangladesh ‘berkawad’ sehingga menimbulkan kegusaran awam ditahan | Scoop

171 warga Bangladesh ‘berkawad’ sehingga menimbulkan kegusaran awam ditahan

Mereka dikesan berjalan kaki menuju balai polis untuk buat laporan ditipu ejen pekerjaan

2:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 171 warga Bangladesh yang mendakwa ditipu ejen pekerjaan dan dirakam berjalan beramai-ramai di kawasan depan simpang dekat Teluk Ramunia Bayu Damai, Kota Tinggi sehingga menimbulkan kegusaran awam telah ditahan pihak polis.

Rakaman video kejadian itu tular di media sosial sejak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kejadian dipercayai berlaku pada Rabu lalu.

Katanya, sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian bagi pemeriksaan lanjut susulan laporan polis dibuat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung kejadian tersebut.

“Benar, video yang tular itu adalah kejadian baharu minggu lalu. Mereka difahamkan menuju ke Balai Polis Bayu Damai bagi membuat laporan polis berikutan ditipu ejen pekerjaan yang tidak memberi pekerjaan.

“Kejadian berlaku pada pagi Rabu lalu apabila ratusan warga Bangladesh dikesan berjalan kaki di kawasan hadapan simpang masuk Teluk Ramunia Bayu Damai.

“Hasil pemeriksaan mendapati, seramai 171 lelaki warga Bangladesh berusia antara 19 hingga 43 tahun ditahan Rabu lalu untuk siasatan lanjut oleh Jabatan Imigresen di atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam video tular itu, seorang pengguna yang sedang memandu kereta terkejut dengan kehadiran ratusan warga asing yang sedang berjalan kaki dalam barisan yang panjang.

Ia menyebabkan kebimbangan awam berikutan kehadiran terlalu ramai warga asing itu.

Hussin berkata, semua warga asing berkenaan dihantar ke Jabatan Imigresen Setia Tropika, Johor Bahru bagi siasatan lanjut. – 25 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related