Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kes jangkitan Covid-19 dijangka menurun bulan depan | Scoop

Kes jangkitan Covid-19 dijangka menurun bulan depan

Situasi dipantau berdasarkan empat kriteria iaitu jumlah jangkitan, kes kematian, kemasukan ke ICU serta beban yang dihadapi fasiliti kesihatan

3:14 PM MYT

 

KLANG – Jumlah kes jangkitan wabak Covid-19 dijangka menurun bulan hadapan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, situasi Covid-19 ketika ini dipantau berdasarkan empat kriteria iaitu jumlah kes jangkitan, kes kematian dan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) serta beban yang dihadapi oleh fasiliti kesihatan terutamanya hospital.

“Insya-Allah, pada Januari ini ia (jangkitan) akan turun, sama-sama kita doakan,” katanya yang ditemui pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2023 di sini hari ini.

Semalam, Dzulkefly memaklumkan kes Covid-19 bagi Minggu Epidemiologi ke-51 iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Disember meningkat sebanyak 29.5 peratus kepada kepada 22,413 kes berbanding 17,307 kes direkodkan pada minggu sebelumnya.

Menurut Dzulkefly tindakan diambil oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada masa ini adalah wajar mengikut keperluan serta bersistematik dan bukan sahaja melihat kepada jumlah kenaikan kes semata-mata.

“Ada yang marah kerana tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka, tetapi saya tidak akan terpengaruh dengan pendekatan emosi dan apa yang saya lakukan adalah berdasarkan bukti yang tertakluk kepada sistem amaran awal dan itu akan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata seandainya berlaku perubahan besar dan drastik, KKM akan merujuk kepada empat kriteria yang ditetapkan itu. – 24 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related