Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
2 sungai di Kelantan lepasi paras bahaya | Scoop

2 sungai di Kelantan lepasi paras bahaya

Hujan berterusan telah membuatkan paras air di sungai-sungai Kelantan meningkat

10:48 AM MYT

 

KOTA BHARU — Dua sungai di Kelantan melepasi paras bahaya setakat 9 pagi ini susulan hujan berterusan sejak semalam.

Menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Aring di Jalan Felda Aring, Gua Musang mencatatkan bacaan 80.31 meter (m) melebihi paras bahaya 72m manakala Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli merekodkan bacaan 29.68m melebihi paras bahaya 29.5m.

Dua sungai pula melepasi paras amaran iaitu Sungai Pergau di Jambatan Jerimbong, Kuala Balah, Jeli yang merekodkan bacaan 55.65m dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (8.42m).

Selain itu tujuh sungai turut merekodkan bacaan melepasi paras waspada.

Sungai terbabit ialah Sungai Lebir di Kuala Koh, Gua Musang (69.89), Sungai Galas di Chegar Lapan Kelantan, Kuala Krai (33.71m), Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai (36.17m), Sungai Kelantan di Kuala Krai (22.21m), Empangan Bukit Kwong di Pasir Mas (17.24m), Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.18m) dan Jambatan Melor di Bachok (7.84m). — 24 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related