KUALA LUMPUR — ‘Salji buatan’ yang muncul di bangunan ikonik Menara Petronas sejak Isnin lepas berjaya menarik perhatian dengan ramai, khas sempena perayaan Hari Krismas dan tahun baharu.
Ia membuatkan ramai yang teruja meskipun ia hanya sekadar ‘salji buatan’ dan hanya 15 minit, namun ia mencukupi untuk pengunjung merakamkan video serta gambar-gambar menarik.
Ramai yang teruja dan memuat naik di media sosial mereka.“Nak balik KL…nak pergi KLCC, nak tengok snow. How I missed travel to snowy area. Semoga dapat rezeki melimpah soon, Ameen,’’ demikian antara komen orang ramai.
Nak balik KL.. nk g KLCC.. nk tgok snow.
— abgHikann (@AbgManKB) December 23, 2023
How I missed travel to snowy area.
Semoga dpt rejeki melimpah2 soon. Ameen. 🌟.
Esok Ahad.. ari minggu.. pic.twitter.com/ORu4oJhmDe
Tidak kurang juga yang memuji dan merakamkan keindahan KLCC ketika salji turun dari ‘langit’. Ditambah dengan hiasan pokok krismas, ia menjadikan suasana seolah-olah di luar negara.
Ramai yang turut membawa anak-anak sambil mengambil angin bersiar-siar di ibu kota, apatah lagi ketika ini adalah musim cuti sekolah.
Ajak datang klcc semata2 tgk snow ni rupanya pic.twitter.com/130JWClr02
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) December 23, 2023
Salji buatan itu disediakan oleh Avenue K mulai 20 Disember hingga 1 Januari 2024.
Ia boleh disaksikan mulai 7.45 petang hingga 8 malam pada Isnin sehingga Khamis, manakala manakala bagi Jumaat dan cuti hujung minggu serta cuti am pula, salji buatan ini akan muncul dua kali iaitu 7.45 petang – 8 malam dan 8.30 malam – 8.45 malam. – 24 Disember, 2023