Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Amaran hujan tahap bahaya di Terengganu, Kelantan, Pahang sehingga 25 Disember | Scoop

Amaran hujan tahap bahaya di Terengganu, Kelantan, Pahang sehingga 25 Disember

Amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan di beberapa kawasan di Perlis, Kedah dan Perak

6:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan (tahap bahaya) di seluruh Terengganu dan Kelantan serta beberapa lokasi di Pahang sehingga Isnin ini (25 Disember).

Menurut kenyataan METMalaysia, di Pahang, hujan berterusan tahap buruk itu dijangka berlaku di Jerantut dan Kuantan.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap buruk turut dikeluarkan di Pahang dan diramal berlaku di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin dalam tempoh yang sama.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada pula membabitkan Perlis; Kedah di kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling manakala di Perak meliputi kawasan Hulu Perak dan Kuala Kangsar mulai esok (24 Disember) sehingga Isnin (25 Disember).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang melibatkan kawasan Raub, Bentong, Temerloh dan Bera manakala Johor membabitkan kawasan Mersing dan Kota Tinggi sehingga esok. – 23 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related