Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Gadis terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang Khamis lalu, ditemui selamat | Scoop

Gadis terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang Khamis lalu, ditemui selamat

Gadis berkenaan dijumpai pada jam 8 pagi tadi di Pelabuhan Pulau Pinang, selepas hilang kira-kira 48 jam

4:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang gadis berusia 17 tahun yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, pada Khamis lalu, telah ditemui dalam keadaan selamat.

Dia dijumpai pada jam 8 pagi tadi di Pelabuhan Pulau Pinang, selepas hilang kira-kira 48 jam.
Gadis berkenaan sebelum ini telah meninggalkan motosikalnya di atas Jambatan Pulau Pinang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang dalam kenyataannya, memaklumkan pihaknya telah dimaklumkan oleh polis dan menemui gadis tersebut di pelabuhan terbabit.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang gadis berusia 17 tahun yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, pada Khamis lalu, disambung pagi ini.

“Bomba telah menggunakan dua bot dan 13 anggota untuk operasi berkenaan serta turut menerima bantuan daripada bot Polis Marin,’’ kata Bomba.

Operasi mencari yang dimulakan sejak semalam juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan pencarian dijalankan sekitar kawasan laut. Ia disambung pagi ini susulan keadaan cuaca yang tidak menentu semalam. – 23 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related