Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lelaki warga asing ditahan, disyaki terlibat kes bunuh lelaki dalam bilik hotel | Scoop

Lelaki warga asing ditahan, disyaki terlibat kes bunuh lelaki dalam bilik hotel

Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

2:17 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Seorang lelaki warga asing berusia 45 tahun telah ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang ahli perniagaan berusia 51 tahun, di sebuah hotel di Genting Highlands semalam.

Mangsa, mempunyai 23 rekod kes jenayah lampau termasuk dadah.

Ketua Polis Bentong, Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek ditahan di kawasan berdekatan hotel terbabit pada hari yang sama.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang untuk bedah siasat dan keputusannya dijangka diperoleh lewat petang ini.

“Siasatan awal mendapati terdapat kesan pergelutan pada tubuh mangsa,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zaiham berkata, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Laporan media sebelum ini menyebut mayat mangsa ditemui terbaring di atas katil di dalam bilik di hotel terbabit. – 23 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related