Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Operasi cari gadis 17 tahun jatuh Jambatan Pulau Pinang diteruskan hari ini | Scoop

Operasi cari gadis 17 tahun jatuh Jambatan Pulau Pinang diteruskan hari ini

Gadis tersebut sebelum ini meninggalkan motosikalnya di atas jambatan berkenaan dan ketika ini, nasibnya masih belum diketahui

11:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang gadis berusia 17 tahun yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, pada Khamis lalu, disambung pagi ini.

Gadis tersebut sebelum ini meninggalkan motosikalnya di atas jambatan berkenaan.

Nasibnya ketika ini masih belum diketahui, lapor media berbahasa Cina, Kwongwah.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang pada Jumaat memaklumkan pihaknya telah menggunakan dua bot dan 13 anggota untuk operasi berkenaan serta turut menerima bantuan daripada bot Polis Marin.

“Ketika ini operasi mencari dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan pencarian dijalankan sekitar kawasan laut, namun masih belum menemui mangsa.

“Susulan keadaan cuaca, operasi mencari itu dihentikan pada jam 7 malam semalam dan bersambung pada 8 pagi (Sabtu),’’ katanya. – 23 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related