Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
‘Tindakan terhadap pemandu bawa warga asing tiada dokumen sah’: Jabatan Imigresen sahkan notis tersebut palsu | Scoop

‘Tindakan terhadap pemandu bawa warga asing tiada dokumen sah’: Jabatan Imigresen sahkan notis tersebut palsu

Pemandu tidak perlu dibebankan dengan pembuktian status penumpang yang mereka bawa

10:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen menafikan dakwaan akan mengenakan tindakan terhadap pemandu-pemandu kenderaan awam ketika membawa warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh menegaskan demikian bagi menjawab mesej yang tular di aplikasi WhatsApp berkenaan isu berkenaan.

Menurut beliau, mesej tersebut adalah palsu yang dikeluarkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Sehubungan itu, kita memohon supaya orang ramai tidak terpedaya dengan sebarang maklumat yang belum tentu kesahihannya.

“Jabatan ini ingin menegaskan bahawa tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu-pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.

“Kita sedia maklum bahawa pemandu tidak mempunyai kuasa dan tidak perlu dibebankan dengan pembuktian status penumpang yang mereka bawa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslin berkata, walau bagaimanapun jika didapati pemandu berkenaan dengan sengaja memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang diketahuinya telah melanggar peruntukan akta, mereka boleh disabit dengan hukuman di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.

“Dalam hubungan ini, kita tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat. Sila layari portal rasmi dan akaun media sosial rasmi Jabatan Imigresen untuk mendapatkan maklumat tepat serta terkini berkaitan Jabatan ini,” katanya. – 23 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related