Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tol percuma di Lebuhraya PLUS, LPT2 pada esok dan Selasa | Scoop

Tol percuma di Lebuhraya PLUS, LPT2 pada esok dan Selasa

Ia bersempena sambutan Krismas seperti yang diumumkan Kementerian Kerja Raya semalam

9:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan menikmati tol percuma selama dua hari iaitu pada esok dan Selasa ini bersempena sambutan perayaan Krismas.

PLUS menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, tol percuma bagi semua kelas kenderaan itu bermula pada jam 12:00 tengah malam hingga 11:59 malam pada esok dan Selasa depan bagi tempoh sama.

Menurutnya, pengguna lebuh raya dapat menikmati tol percuma selama itu di 92 plaza tol sepanjang lebuh raya kendalian PLUS dan juga di 10 plaza tol di LPT2.

“Bagaimanapun, pemberian tol percuma tidak ditawarkan di plaza tol lebuh raya di sempadan negara iaitu di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura – Linkedua),” katanya.

Sementara itu, PLUS turut menasihati orang ramai supaya mengikuti infografik yang disediakan ketika menikmati tol percuma pada dua hari tersebut.

“Bagi pengguna Touch ‘n Go, pastikan masuk dan keluar guna lorong Touch ‘n Go seperti biasa. Sentuh kad di lorong tol untuk rekod perjalanan. Sila periksa status kad untuk pastikan ia masih aktif dan tidak luput tarikh.

“Bagi pengguna SmartTAG pula, pastikan masuk dan keluar guna lorong SmartTAG seperti biasa. Pastikan kad dimasukkan ke dalam peranti SmartTAG. Pastikan peranti mempunyai bateri,” katanya.

Tambahnya, pengguna RFID turut dinasihatkan agar masuk dan keluar menggunakan lorong RFID seperti biasa untuk rekod perjalanan.

Dianggarkan kira-kira satu hingga dua juta kenderaan akan menggunakan PLUS dan LPT2 sempena perayaan Krismas dan sambutan tahun baharu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, susulan itu, kesesakan dijangka berlaku di lebuhraya terbabit sempena sambutan berkenaan. – 22 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related