Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar susulan data ekonomi AS lemah | Scoop

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar susulan data ekonomi AS lemah

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6300/6380 berbanding dolar AS daripada 4.6525/6565 ketika ditutup pada Khamis

10:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ringgit kekal mencatatkan aliran tinggi apabila meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa sesi awal dagangan pada Jumaat, berikutan data ekonomi AS yang lemah, kata pakar ekonomi.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6300/6380 berbanding dolar AS daripada 4.6525/6565 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata anggaran terakhir bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2023 AS sebenar adalah pada 4.9 peratus, lebih rendah berbanding tinjauan konsensus pada 5.2 peratus.

Beliau berkata susulan itu, Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.62 peratus kepada 101.775 mata.

Pandangan peserta pasaran bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan memulakan penurunan kadar faedah tahun depan masih mempunyai beberapa asas, katanya.

“Justeru, ringgit bersedia untuk meningkat dan mungkin bergerak ke arah paras sokongan serta-merta  RM4.5778 dalam jangka masa terdekat,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8750/8852 daripada 5.8766/8816 ketika ditutup pada Khamis namun, turun berbanding euro kepada 5.0949/1037 daripada 5.0922/0965.

Unit domestik susut berbanding yen Jepun kepada 3.2553/2614 daripada 3.2519/2549 semalam.

Walau bagaimanapun, ringgit didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang negara Asean.

Ringgit lebih stabil berbanding dolar Singapura kepada 3.4904/4967 daripada 3.4973/5006 ketika ditutup semalam namun, rendah berbanding baht Thailand kepada 13.3607/3903 daripada 13.3443/3631.

Mata wang domestik naik berbanding rupiah Indonesia kepada 298.1/298.8 daripada 299.6/300.0 dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.36/8.39 daripada 8.37/8.38. – 22 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Four found dead after Pinkfish NYE concert in Sunway Lagoon, say cops

KUALA LUMPUR — Police have confirmed the deaths of two men and two women, all locals, who attended an electronic dance music (EDM) concert in Bandar Sunway, Subang Jaya, on Tuesday. Selangor Police...

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Malaysia Airlines and the return to chocks: Safety, statistics, and perception – Capt. Kamil

Why does MAS face scrutiny while other carriers remain unchallenged?

Related