Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kanak-kanak lelaki 15 bulan lemas dalam paya belakang rumah | Scoop

Kanak-kanak lelaki 15 bulan lemas dalam paya belakang rumah

Mayat mangsa dijumpai Pasukan PPDA pada jam 2.20 petang tadi

4:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tiga bulan ditemui lemas di kawasan paya di belakang rumahnya di Taman Rantau Baru, Rantau Panjang, Kelantan hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.22 tengah hari berhubung kejadian terbabit.

Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang bersama unit khas Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa.

Komander Operasi, Azmi Muhammad berkata, pihaknya melakukan pencarian awal di kawasan paya yang berhampiran dengan kawasan mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa akhirnya dijumpai oleh Pasukan PPDA pada jam 2.20 petang.

“Namun mangsa disahkan telah meninggal dunia akibat lemas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserah kepada polis bagi tindakan lanjut. – 21 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related